Nuffnang Ads

Monday 20 February 2012

KESINAMBUNGAN NASIB KUCING BURMILAKU......

     Mukanya bulat,bulu pada ekornya lebat dan cantik panjang terurus...dan seperti Chiki juga jarinya lebih...dia adalah salah satu aset bagiku untuk melahirkan anak-anak yang comel sepertinya...dan pada waktu dia berpenyakit kulit itu, dia mengandung.Bilu berwarna orange keperang-perangan...ala...tu gambar siBilu kat bawah tu..sopan jekan? Tapi sombong sikit bila nak ambil gambar.Itu jelah post yang terbaik dapat diambil..Tom pula adalah satu-satunya kucing jantan kepunyaan saya selepas 3 beradiknya dan bapanya hilang..tak tahu dan pelik macammana boleh hilang.Mungkin keluar sendiri dari kandangnya atau mungkin juga dicuri orang.Kesal juga rasanya tidak dikunci kandangnya(oh...kucing-kucingku....)
     Berbalik pada siTom tadi.Tom berwarna hitam berjalur-jalur kelabu,mempunyai 7jari pada tangannya dan 6jari pada kakinya...Dan kerana kelebihan itu,Tom mempunyai badan yang besar dan ia juga ketara ketika dia lahir berbanding adik-beradiknya yang lain.Tom memang garang dan sombong,mungkin kerana dia dominan di situ...Tetapi baiknya dan lemahnya siTom ni bila mandi,kalau mandi punyalah baik...ngikut je apa tuannye nak buat...Dan siBilu tadi tu ngandungkan anak dialah..Tom juga tidak terlepas dari terkena penyakit kulit itu.Saya takut dan risau kucing-kucing saya akan pergi juga seperti Chiki....
      Setelah saya mendapati kesemua kucing saya kena penyakit kulit tu,saya bawa 3ekor kucing saya ke klinik iaitu,Bilu dan Bintang kerana mereka mengandung dan Tom kerana dia jantan.Nak bawak yang lain,tapi tak muat....Bawalah mereka ke klinik haiwan dan doktor menerangkan bahawa dari Chiki dulu penyakit kulit mereka ini adalah kurap dan jenis kurap yang bukan hanya di permukaan kulit sahaja tetapi ianya teruk sampai ke lapisan dalam kulit,bahaya dan memang boleh membuatkan kucing mati...lahai risaunya dan kesian kucing-kucing saya...(Kentut,Kentut...ko dah pulih,tapi kucing-kucingku......)
       Semasa di klinik doktor berikan injection pada Tom dan bagi makan ubat pada Bilu dan Bintang kerana mereka mengandung takut bahaya pada kandungan mereka jika diberi injection.Sebagai bekalan pulang doktor beri ubat makan,vitamin dan antiseptik untuk disapu di badan kucingdan saya minta lebih untuk kucing-kucing yang lain.Doktor kata insyaallah akan pulih sekiranya tidak teruk lagi....
       Setelah pulang saya cepat- cepat bagi ubat dan sapukan antiseptik pada badan mereka dan begitulah hari-hari seterusnya saya berusaha supaya kucing saya pulih dan tidak akan mati lagi kerana kurap itu....sehinggalah Bilu bersalin dan melahirkan 5 ekor anaknya(3ekor betina dan 2 ekor jantan)  dan ketika itu Bilu masih ada lagi sisa-sisa kurap itu tapi Alhamdulillah semua semakin pulih,hanya tinggal sedikit-sedikit dan sisa-sisanya sahaja.
       Anak-anak Bilu nampak sihat dan comel-comel semuanya.Ada 4 ekor yang mempunyai jari lebih.Ada yang ikut warna Bilu dan ada yang ikut warna Tom.Saya bercadang untuk menjual kelima-lima anak Bilu apabila mereka telah berusia 6-7minggu,seperti kucing-kucing yang lain sebelum mereka ada banyak juga yang telah dijual.Ada yang dijual di Tesco Setia Alam,ketika itu saya berurusan bersama Calvin dan ada juga yang saya jual di Mudah.com.Alhamdulillah laku dan mereka suka pada kelebihan anak-anak kucing saya(ada ong katanya).Saya jual tu bukannya apa,cuma dah banyak sangat dan tak muat semua nak dok kat kandang tu...Kesian pulak,saya tengok pun sesak nafas saya.Saya pun jual baru-baru ni je,kalau dulu saya sayang nak jual.Apakan daya.....
        Tapi yang pastinya kucing-kucing saya yang besar-besar ni memang tak jual dan nasib mereka baik tidak mati akibat kurap tu......nantikan pula kisah anak-anak Bilu dan Bintang yang bakal lahir................

No comments:

Post a Comment