Nuffnang Ads

Sunday 19 February 2012

BLOGKU LAMA MENYEPI KERANA...........

Salam.....agak lama saya tak update dan tak follow blog saya sendiri...Kentut..adalah seekor kucing  yg diberi nama oleh adik saya..Kentut dijumpa liar oleh adik saya dan diambil, terus membelanya hingga kehari ini....kaitannya Kentut ni dengan kucing burmila saya adalah kerana penyakit kulitnya...4 bulan yang lalu Kentut{kucing betina}didapati ingin berkahwin kerana selalu mengiau,dan papa suruh masukkkan dlm kandang kucing saya dan pada ketika itu Kentut tlhpun mengalami penyakit kulit.Saya tawakal aje kalau ia berjangkit pada kucing saya.Walaupun dah beberapa hari Kentut tetap mengiau dan saya dapati penyakit kulitnya semakin menjadi-jadi.Rupa-rupanya ngiauan Kentut itu mungkin bukan ingin nak kahwin,tapi mungkin kerana gatal akibat penyakit kulitnya.Saya bagitau papa,dan papa suruh asingkannya dikandang lain..tapi saya cakap mungkin elok lepaskan,sebab kucing kalau ada apa-apa penyakit,dia akan makan rumput untuk pulihkan penyakitnya itu.Sukalah si Kentut kerana tidak rasa terkurung lagi....Setelah beberapa hari masuk keminggu-minggu seterusnya Kentut memang benar semakin pulih..tetapi saya nampak pulak penyakit kulit pada Kentut dulu..ada pada kucing saya...saya panik dan risau kerana takut semua kucing saya barangkali terkena juga{pada masa tu kucing saya ada 9 ekor}. Chiki adalah kucing burmila saya yang pertama sekali saya bela dan kucing yang paling tua berusia 8 tahun..Pada dialah saya nampak penyakt kulit itu. Saya cuba sedaya-upaya saya untuk mengubatinya,saya bawa ke klinik,saya bagi makan rumput,saya bagi makan ubat,injection,mandikan dngan ubat kurap,dan segala-galanya saya cuba untuk dia pulih....Setiap hari dan malam Chiki mengiau,mungkin sakit dan gatal-gatal pada badannya. Namun semuanya tidak berhasil malah semakin tebal dijari-jari Chiki,di tepi mata,telinga dan di seluruh badan Chiki...jauh di sudut hati saya,saya sedih dan merasakan Chiki akan pergi kerana sengsara dengan penyakit kulitnya itu.Dalam pada itu kucing saya yang lain juga rupanya ada yang dah kena dan seterusnya kepada semua kucing saya,di antaranya ada yang mengandung.Setelah hampir 1 bulan Chiki mengidapnya...akhirnya apa yang saya rasakan benar.Chiki pergi!..Isteri dan anak-anak saya sedih....,apatah lagi saya yang membela dan menjaganya.....apapun terima kasih Chiki dan suami Chiki{Chiko juga telah pergi kerana accident}kerana telah memberikan anak mereka dan keturunan-keturunan dari baka mereka yang berkualiti sehingga ke hari ini...........jumpa di lembaran lain dengan nasib kucing-kucing yang lain

No comments:

Post a Comment