Nuffnang Ads

Thursday 23 February 2012

ANAK-ANAK CICI

ANAK-ANAK CICI
INI adalah foto anak-anak kepada Cici yang baru berumur enam minggu @ 
sebulan setengah.
SEBENARNYA saya pun tak sangka yang Cici ni mengandung.....
Yelah kan hari tu saya kata diaorng ni semuanya mcm baru lepas demam denggi....lemah je...tapi alhamdulillah..lah rezeki tuhan bg kat Ciki..dan saya numpang sekali...
   Cici ni adalah anak kandung siBintang bersama Tom..(anak first yang Bintang kandungkan)...Warna bulunya mcmBintang dan seperti anak-anak dia dlm gmbr sebelah ni....
   Cici lahirkan 3 ekor anak(seekor jantan,2 ekor betina).Gambar kat sebelah ni,Ginger (jantan,kesemua jarinya ada 24)dan Nemo (betina jarinya normal)dan seekor lagi warna hitam kelabu,gambarnya ada kat bawah juga betina dan jarinya normal...namanya Grace...




INILAH GRACE(jgn touching....ini untk dijual) Grace ni manja sikit..pastu kalau nak mkn ke,minum ke, selalu beralah.
      
............Ni kat atas ni Ginger,gambar kat bwh ni,kalau perasan,dia tunjukkan jarinya ada 6.Seperti biasa kucing ni kalau jarinya extra mesti badannya besar sikt berbanding adik-beradiknya yg lain...














MEREKA semua ni saya yg jaga semenjak mereka berusia 4 minggu.Saya letakkan betul-betul di depan rumah saya tapi still dlm kandang,kalau tak mesti Qayum(2 thn) dah kerjakan..Inipun kadang2 Qayum pergi kat kandang tu dia cucuknya mata kucing tu dgn jari.KADANG2 Qayum akan bg susu yg Qayum punya kat kucing.Haaaaa... apalagi dtng mak Qayum kena ta....la Qayum...kadang2 saya pun kena bebel sekali....
  ..........Tiba-tiba teringat pulak,kan skrng musim buah mata kucing,kadang2 Qayum panggil buah mata kucingtu (buah yauuu) sambil menunjukkan jarinya pada mata...kelakar pulak..tu yg agaknya dia cucuk mata kucing tu kot....
     APAPUN saya seronok tengok kucing2 tu ada depan mata saya.Kat kampung(kandang yg besar)ada lg anak kucing yg baru lahir(1minggu),pun saya rasa nanti saya nak bela dan jaga sendiri.
Nanti saya masukkan gambarnya dalam blog ni...tengoklah esok-esokke....
    OH YE...GRACE DAN NEMO TU SAYA BERCADANG UNTUK MENJUALNYA..HARGA DALAM SERIBU KE...TAPI BOLEH RUNDING LAGI...KALAU NAK BOLEH CALL SAYA DI NOMBOR 019-6691258 atau 013-3391258...sekian untuk kali ini...

Tuesday 21 February 2012

APA DAH JADI PADA ANAK BILU

     Pada waktu itu  agak-agak hampir 7-8 minggu Chiki meninggalkan anak cucu-cicitnya akibat penyakit kulit yang dihidapinya.......dan kucing-kucing saya yang lain semuanya semakin pulih...Anak siBilu pula ketika itu berusia dalam 2-3 minggu...mereka menyusu seperti biasa dari ibunya dan dijaga oleh Bilu seperti ibu-ibu kucing yang lain.Saya ada juga teringat nak mengasingkan mereka kerana takut berjangkit,tapi kesian pulak kat anak-anaknya,dahlah itu kelahiran pertama siBilu...Kalau saya pegang-pegang anak dia,masa nak bersihkan tempatnya pun kadang-kadang saya dimarah dan dicakarnya sambil mengiau seolah-olah berkata"jangan usik anak-anak aku".
     "Hai nasib baiklah tengah takde projek waktu kucing-kucingku perlukan aku".Tapi sedang saya mengharapkan kucing saya sihat dan dapat dijual rupanya tidak kesampaian.Anak-anak bilu juga pun rupanya menjangkit kurap tu.Aduhai 'frustnya rasa',fedup pun ada.Ingatkan bolehlah jual.Tak lama lepastu Bintang pun melahirkan anaknya 3 ekor(seekor jantan,2ekor betina)juga mempunyai extra fingers.Kali ini saya nekad untuk membela dan menyusukannya sendiri memandangkan Bintang pun tak kisah.
      Akhirnya kesemua anak Bilu mati juga mungkin kerana terlalu kecil untuk mereka menanggung penyakit itu.Dan,! kali ini saya tidak mahu menjual anak siBintang walau seekor pun.Saya mahu kesungguhan saya dan kepenatan saya merawat dan menjaga mereka dari siChiki itu terbalas dan saya ingin rasa berbaloi apa yang saya buat lebih-lebih lagi apabila sekiranya saya melihat anak-anak Bintang sihat dan aktif.
     Sudah seminggu lebih saya mengasingkan anak-anak Bintang dari ibunya dan kucing-kucing lain.
"Eiei.....comelnya papa,geramnye kakak tengok anak kucing ni...kakak bawak masuk rumah bagi Tisya ngan Qayum main ye?''Anak sulong saya menyapa..."Eh..tak boleh nanti semua bersin-bersin,batuk,sempot nanti".Memang saya tidak galakkan anak-anak saya membelai kucing,apatah lagi bawa masuk ke dalam rumah,sebab diaorang ni semuanya allergi.
     Saya rasa puas dapat membela anak-anak Bintang.Memang comel-comel.Pada satu pagi saya ingin memandikan anak-anak kucing tu semua dan saya meminta isteri membantu saya...Isteri saya bertanya pada saya"abang nak mandikan ke,nak sapu antiseptik"?Saya membalas pertanyaan isteri saya dengan mengatakan "eh anak kucing abang ni mane ada kurap nak sapu antiseptik"!
     Isteri saya pun sediakanlah shampu dan alatan lain untuk mandi dan keringkan kucing.Sedang saya menggosok-gosok badan anak kucing tu,saya perlahankan pergerakan tangan saya bagi merasa bahawa ada ke bintat-bintat pada badan anak kucing saya dan saya rasa pula pada yang lain..Ya Allah....rasa nak menjerit rasanya.Isteri saya perasan pergerakan tangan saya dan tanya "kenapa bang ada kurap jugak ke"?First time saya rasa nak menitiskan air mata, bila tahu anak kucing yang saya bela ni kena kurap.
    Saya kuatkan semangat dan diri untuk terus merawat anak-anak kucing tu semua....Dari hari ke hari semua anak-anak kucing tu semakin lemah.Ada satu hari tu di depan mata saya  anak kucing tu tiba-tiba macam kena sawan,lepas tu macam pengsan.Saya panggil isteri saya untuk menyaksikannya sama-sama kerana yang lain pun keadaannya begitu juga..Isteri saya dah meleleh dah melihatkan keadaan anak kucing tu.Dan sekelip mata,hanya sekelip mata sedang kami memerhatikan mereka dan macam tak percaya saya ditakdirkan melihat kematian anak-anak kucing saya mati di depan mata saya.Dan pada masa inilah saya juga secara tak langsung menitiskan air mata."Abang kesiannya bang...agaknye yang lain pun mati macam ni jugak ke"?
    Habislah sudah kesemua anak-anak kucing saya dan saya seperti hilang semangat untuk membela kucing-kucing saya yang lain tu.Mungkin kerana penyakit kulit itu membuatkan kucing saya tidak ada yang mengandung dalam tempoh 2 bulan sebelum ni.Kalau tidak tak henti-henti,bersambung-sambung,ada jelah yang mengandung(5 ekor kucing betina dewasa).Mereka juga nampaknya seperti orang baru lepas kena denggi(lepas demam,badan rasa lemah,lenguh sana,lenguh sini).Isteri saya katalah sebab dia pernah rasa demam denggi cammane.......
    DAN!.....Sekarang dan pada masa ini saya telah bersemangat kembali untuk terus menjaga kucing-kucing saya dengan bersungguh-sungguh dan mengaktifkan laman blog saya ini.
     NANTIKAN NUKILAN SAYA SETERUSNYA UNTUK HARI-HARI KE HADAPAN DAN MENDATANG SERTA GAMBAR TERBARU KUCING-KUCING SAYA.....SEKIAN SELAMAT TINGGAL KURAP DAN SELAMAT DATANG KUCING-KUCINGKU YANG SIHAT.SEMOGA SIHAT SELAMANYA....
    
    
    

Monday 20 February 2012

KESINAMBUNGAN NASIB KUCING BURMILAKU......

     Mukanya bulat,bulu pada ekornya lebat dan cantik panjang terurus...dan seperti Chiki juga jarinya lebih...dia adalah salah satu aset bagiku untuk melahirkan anak-anak yang comel sepertinya...dan pada waktu dia berpenyakit kulit itu, dia mengandung.Bilu berwarna orange keperang-perangan...ala...tu gambar siBilu kat bawah tu..sopan jekan? Tapi sombong sikit bila nak ambil gambar.Itu jelah post yang terbaik dapat diambil..Tom pula adalah satu-satunya kucing jantan kepunyaan saya selepas 3 beradiknya dan bapanya hilang..tak tahu dan pelik macammana boleh hilang.Mungkin keluar sendiri dari kandangnya atau mungkin juga dicuri orang.Kesal juga rasanya tidak dikunci kandangnya(oh...kucing-kucingku....)
     Berbalik pada siTom tadi.Tom berwarna hitam berjalur-jalur kelabu,mempunyai 7jari pada tangannya dan 6jari pada kakinya...Dan kerana kelebihan itu,Tom mempunyai badan yang besar dan ia juga ketara ketika dia lahir berbanding adik-beradiknya yang lain.Tom memang garang dan sombong,mungkin kerana dia dominan di situ...Tetapi baiknya dan lemahnya siTom ni bila mandi,kalau mandi punyalah baik...ngikut je apa tuannye nak buat...Dan siBilu tadi tu ngandungkan anak dialah..Tom juga tidak terlepas dari terkena penyakit kulit itu.Saya takut dan risau kucing-kucing saya akan pergi juga seperti Chiki....
      Setelah saya mendapati kesemua kucing saya kena penyakit kulit tu,saya bawa 3ekor kucing saya ke klinik iaitu,Bilu dan Bintang kerana mereka mengandung dan Tom kerana dia jantan.Nak bawak yang lain,tapi tak muat....Bawalah mereka ke klinik haiwan dan doktor menerangkan bahawa dari Chiki dulu penyakit kulit mereka ini adalah kurap dan jenis kurap yang bukan hanya di permukaan kulit sahaja tetapi ianya teruk sampai ke lapisan dalam kulit,bahaya dan memang boleh membuatkan kucing mati...lahai risaunya dan kesian kucing-kucing saya...(Kentut,Kentut...ko dah pulih,tapi kucing-kucingku......)
       Semasa di klinik doktor berikan injection pada Tom dan bagi makan ubat pada Bilu dan Bintang kerana mereka mengandung takut bahaya pada kandungan mereka jika diberi injection.Sebagai bekalan pulang doktor beri ubat makan,vitamin dan antiseptik untuk disapu di badan kucingdan saya minta lebih untuk kucing-kucing yang lain.Doktor kata insyaallah akan pulih sekiranya tidak teruk lagi....
       Setelah pulang saya cepat- cepat bagi ubat dan sapukan antiseptik pada badan mereka dan begitulah hari-hari seterusnya saya berusaha supaya kucing saya pulih dan tidak akan mati lagi kerana kurap itu....sehinggalah Bilu bersalin dan melahirkan 5 ekor anaknya(3ekor betina dan 2 ekor jantan)  dan ketika itu Bilu masih ada lagi sisa-sisa kurap itu tapi Alhamdulillah semua semakin pulih,hanya tinggal sedikit-sedikit dan sisa-sisanya sahaja.
       Anak-anak Bilu nampak sihat dan comel-comel semuanya.Ada 4 ekor yang mempunyai jari lebih.Ada yang ikut warna Bilu dan ada yang ikut warna Tom.Saya bercadang untuk menjual kelima-lima anak Bilu apabila mereka telah berusia 6-7minggu,seperti kucing-kucing yang lain sebelum mereka ada banyak juga yang telah dijual.Ada yang dijual di Tesco Setia Alam,ketika itu saya berurusan bersama Calvin dan ada juga yang saya jual di Mudah.com.Alhamdulillah laku dan mereka suka pada kelebihan anak-anak kucing saya(ada ong katanya).Saya jual tu bukannya apa,cuma dah banyak sangat dan tak muat semua nak dok kat kandang tu...Kesian pulak,saya tengok pun sesak nafas saya.Saya pun jual baru-baru ni je,kalau dulu saya sayang nak jual.Apakan daya.....
        Tapi yang pastinya kucing-kucing saya yang besar-besar ni memang tak jual dan nasib mereka baik tidak mati akibat kurap tu......nantikan pula kisah anak-anak Bilu dan Bintang yang bakal lahir................

Sunday 19 February 2012

BLOGKU LAMA MENYEPI KERANA...........

Salam.....agak lama saya tak update dan tak follow blog saya sendiri...Kentut..adalah seekor kucing  yg diberi nama oleh adik saya..Kentut dijumpa liar oleh adik saya dan diambil, terus membelanya hingga kehari ini....kaitannya Kentut ni dengan kucing burmila saya adalah kerana penyakit kulitnya...4 bulan yang lalu Kentut{kucing betina}didapati ingin berkahwin kerana selalu mengiau,dan papa suruh masukkkan dlm kandang kucing saya dan pada ketika itu Kentut tlhpun mengalami penyakit kulit.Saya tawakal aje kalau ia berjangkit pada kucing saya.Walaupun dah beberapa hari Kentut tetap mengiau dan saya dapati penyakit kulitnya semakin menjadi-jadi.Rupa-rupanya ngiauan Kentut itu mungkin bukan ingin nak kahwin,tapi mungkin kerana gatal akibat penyakit kulitnya.Saya bagitau papa,dan papa suruh asingkannya dikandang lain..tapi saya cakap mungkin elok lepaskan,sebab kucing kalau ada apa-apa penyakit,dia akan makan rumput untuk pulihkan penyakitnya itu.Sukalah si Kentut kerana tidak rasa terkurung lagi....Setelah beberapa hari masuk keminggu-minggu seterusnya Kentut memang benar semakin pulih..tetapi saya nampak pulak penyakit kulit pada Kentut dulu..ada pada kucing saya...saya panik dan risau kerana takut semua kucing saya barangkali terkena juga{pada masa tu kucing saya ada 9 ekor}. Chiki adalah kucing burmila saya yang pertama sekali saya bela dan kucing yang paling tua berusia 8 tahun..Pada dialah saya nampak penyakt kulit itu. Saya cuba sedaya-upaya saya untuk mengubatinya,saya bawa ke klinik,saya bagi makan rumput,saya bagi makan ubat,injection,mandikan dngan ubat kurap,dan segala-galanya saya cuba untuk dia pulih....Setiap hari dan malam Chiki mengiau,mungkin sakit dan gatal-gatal pada badannya. Namun semuanya tidak berhasil malah semakin tebal dijari-jari Chiki,di tepi mata,telinga dan di seluruh badan Chiki...jauh di sudut hati saya,saya sedih dan merasakan Chiki akan pergi kerana sengsara dengan penyakit kulitnya itu.Dalam pada itu kucing saya yang lain juga rupanya ada yang dah kena dan seterusnya kepada semua kucing saya,di antaranya ada yang mengandung.Setelah hampir 1 bulan Chiki mengidapnya...akhirnya apa yang saya rasakan benar.Chiki pergi!..Isteri dan anak-anak saya sedih....,apatah lagi saya yang membela dan menjaganya.....apapun terima kasih Chiki dan suami Chiki{Chiko juga telah pergi kerana accident}kerana telah memberikan anak mereka dan keturunan-keturunan dari baka mereka yang berkualiti sehingga ke hari ini...........jumpa di lembaran lain dengan nasib kucing-kucing yang lain

Tuesday 26 April 2011

VIDEO JARI EXTRA KUCING BURMILA II

Anda semua saksikan pula VIDEO JARI EXTRA KUCING BURMILA II. Saya ada membuat ulasan sedikit mengenai apa yang dikatakan JARI EXTRA KUCING BURMILA. Sebenarnya amat jarang sekali didapati kucing yang mempunyai jari extra sebegini. Maka saya ni boleh dikatakan orang yang bertuah kerana menjadi tuan kepada kucing-kucing sebegini, Alhamdulillah........syukur. Ok saksikanlah keajaiban ciptaan tuhan ini.

VIDEO JARI EXTRA KUCING BURMILA

Alhamdulillah, hari ni saya telah berjaya merakamkan video seperti yang saya janjikan kelmarin. Sebenarnya bukan mudah untuk membuat rakaman tersebut kerana kucing saya ni amat tidak selesa atau "marah" kalau kita memegang jari kakinya. Walaubagaimanapun hari ni saya bernasib baik kerana berjaya membuat rakaman tersebut, mungkin kerana waktunya sesuai iaitu ketika kucing-kucing ni tengah berehat atau sedang dalam keadaan tenang. Itupun sebab saya ni tuannya,kalau orang lain jangan harap dapat pegang kaki kucing-kucing ni. Itulah yang seronoknya jadi tuan kepada kucing-kucing ni. Jadi perhatikan betul-betul rakaman ni. Selamat menonton VIDEO JARI EXTRA KUCING BURMILA

Monday 25 April 2011

GAMBAR JARI KAKI EXTRA BURMILA



Minta maaf semua, hari ni tak dapat nak ambil gambar kucing yang menunjukkan jarinya yang extra tersebut. Amat sukar untuk ambil gambar tersebut kerana kucing burmila saya ni sebenarnya amat tidak suka kalau sesiapa memegang kaki mereka, walaupun saya sendiri apatah lagi kalau oarng lain.Kalau bernasib baik kucing2 ni akan bagi saya pegang untuk masa yang singkat sahaja.Nanti saya cuba lagi untuk ambil gambar jarinya yang ada lebih tersebut. Memang menarik kalau saya dapat ambil gambar tersebut.Jadi tunguuuuuuuuuuuuuuuuu.