Nuffnang Ads

Tuesday 21 February 2012

APA DAH JADI PADA ANAK BILU

     Pada waktu itu  agak-agak hampir 7-8 minggu Chiki meninggalkan anak cucu-cicitnya akibat penyakit kulit yang dihidapinya.......dan kucing-kucing saya yang lain semuanya semakin pulih...Anak siBilu pula ketika itu berusia dalam 2-3 minggu...mereka menyusu seperti biasa dari ibunya dan dijaga oleh Bilu seperti ibu-ibu kucing yang lain.Saya ada juga teringat nak mengasingkan mereka kerana takut berjangkit,tapi kesian pulak kat anak-anaknya,dahlah itu kelahiran pertama siBilu...Kalau saya pegang-pegang anak dia,masa nak bersihkan tempatnya pun kadang-kadang saya dimarah dan dicakarnya sambil mengiau seolah-olah berkata"jangan usik anak-anak aku".
     "Hai nasib baiklah tengah takde projek waktu kucing-kucingku perlukan aku".Tapi sedang saya mengharapkan kucing saya sihat dan dapat dijual rupanya tidak kesampaian.Anak-anak bilu juga pun rupanya menjangkit kurap tu.Aduhai 'frustnya rasa',fedup pun ada.Ingatkan bolehlah jual.Tak lama lepastu Bintang pun melahirkan anaknya 3 ekor(seekor jantan,2ekor betina)juga mempunyai extra fingers.Kali ini saya nekad untuk membela dan menyusukannya sendiri memandangkan Bintang pun tak kisah.
      Akhirnya kesemua anak Bilu mati juga mungkin kerana terlalu kecil untuk mereka menanggung penyakit itu.Dan,! kali ini saya tidak mahu menjual anak siBintang walau seekor pun.Saya mahu kesungguhan saya dan kepenatan saya merawat dan menjaga mereka dari siChiki itu terbalas dan saya ingin rasa berbaloi apa yang saya buat lebih-lebih lagi apabila sekiranya saya melihat anak-anak Bintang sihat dan aktif.
     Sudah seminggu lebih saya mengasingkan anak-anak Bintang dari ibunya dan kucing-kucing lain.
"Eiei.....comelnya papa,geramnye kakak tengok anak kucing ni...kakak bawak masuk rumah bagi Tisya ngan Qayum main ye?''Anak sulong saya menyapa..."Eh..tak boleh nanti semua bersin-bersin,batuk,sempot nanti".Memang saya tidak galakkan anak-anak saya membelai kucing,apatah lagi bawa masuk ke dalam rumah,sebab diaorang ni semuanya allergi.
     Saya rasa puas dapat membela anak-anak Bintang.Memang comel-comel.Pada satu pagi saya ingin memandikan anak-anak kucing tu semua dan saya meminta isteri membantu saya...Isteri saya bertanya pada saya"abang nak mandikan ke,nak sapu antiseptik"?Saya membalas pertanyaan isteri saya dengan mengatakan "eh anak kucing abang ni mane ada kurap nak sapu antiseptik"!
     Isteri saya pun sediakanlah shampu dan alatan lain untuk mandi dan keringkan kucing.Sedang saya menggosok-gosok badan anak kucing tu,saya perlahankan pergerakan tangan saya bagi merasa bahawa ada ke bintat-bintat pada badan anak kucing saya dan saya rasa pula pada yang lain..Ya Allah....rasa nak menjerit rasanya.Isteri saya perasan pergerakan tangan saya dan tanya "kenapa bang ada kurap jugak ke"?First time saya rasa nak menitiskan air mata, bila tahu anak kucing yang saya bela ni kena kurap.
    Saya kuatkan semangat dan diri untuk terus merawat anak-anak kucing tu semua....Dari hari ke hari semua anak-anak kucing tu semakin lemah.Ada satu hari tu di depan mata saya  anak kucing tu tiba-tiba macam kena sawan,lepas tu macam pengsan.Saya panggil isteri saya untuk menyaksikannya sama-sama kerana yang lain pun keadaannya begitu juga..Isteri saya dah meleleh dah melihatkan keadaan anak kucing tu.Dan sekelip mata,hanya sekelip mata sedang kami memerhatikan mereka dan macam tak percaya saya ditakdirkan melihat kematian anak-anak kucing saya mati di depan mata saya.Dan pada masa inilah saya juga secara tak langsung menitiskan air mata."Abang kesiannya bang...agaknye yang lain pun mati macam ni jugak ke"?
    Habislah sudah kesemua anak-anak kucing saya dan saya seperti hilang semangat untuk membela kucing-kucing saya yang lain tu.Mungkin kerana penyakit kulit itu membuatkan kucing saya tidak ada yang mengandung dalam tempoh 2 bulan sebelum ni.Kalau tidak tak henti-henti,bersambung-sambung,ada jelah yang mengandung(5 ekor kucing betina dewasa).Mereka juga nampaknya seperti orang baru lepas kena denggi(lepas demam,badan rasa lemah,lenguh sana,lenguh sini).Isteri saya katalah sebab dia pernah rasa demam denggi cammane.......
    DAN!.....Sekarang dan pada masa ini saya telah bersemangat kembali untuk terus menjaga kucing-kucing saya dengan bersungguh-sungguh dan mengaktifkan laman blog saya ini.
     NANTIKAN NUKILAN SAYA SETERUSNYA UNTUK HARI-HARI KE HADAPAN DAN MENDATANG SERTA GAMBAR TERBARU KUCING-KUCING SAYA.....SEKIAN SELAMAT TINGGAL KURAP DAN SELAMAT DATANG KUCING-KUCINGKU YANG SIHAT.SEMOGA SIHAT SELAMANYA....
    
    
    

No comments:

Post a Comment